Contoh kad bisnes
Subscribe
Powered By
Blogger Template From:
Free Blogger Skins
Sunday, July 17, 2011
Rancangan Pengajaran Harian -Novel Istana Menanti-
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA
TARIKH : 1 Julai 2011
MASA : 10.00 – 11.20 pagi
HARI : Jumaat
KELAS : Tingkatan 1
MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia
TAJUK : KOMSAS ( Watak dan Perwatakan Novel Istana Menanti)
HPK : 1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra
: 10.0 Memahami dan memberi respon peribadi tentang karya
sastera
HPS : 1.2 Mendengar dan memberi respon secara lisan dan bertulis
tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain
: 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan,
latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.
Aras 1 (vi
Memerihalkan watak-watak dalam karya
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :
1. Menyenaraikan watak dan perwatakan bagi tiga watak utama dan satu watak sampingan
2. Melengkapkan tempat kosong menggunakan perkatan-perkatan yang sesuai berdasarkan tajuk.
3. Melakonkan watak secara spontan.
4. Mengenalpasti kata nama am dan kata nama khas dalam novel Istana Menanti.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
1. Pelajar telah mengetahui sinopsis novel Istana Menanti.
PENYERAPAN : Pendidikan ICT
NILAI : Berinteraksi dan Bekerjasama
KBKK : Kemahiran berfikir - Mencirikan
ASPEK TATABAHASA : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Projektor LCD
2. Komputer – Perisian MS PowerPoint dan MS Word
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Set Induksi – (5 minit)
1. Guru meminta pelajar menyatakan watak dan perwatakan salah seorang pelajar yang berada di dalam kelas dan membawa kepada tajuk yang dibincang pada hari ini.
Langkah 1 - (15 minit)
1. Guru menerangkan tentang watak dan perwatakan dengan menggunakan persembahan PowerPoint. http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/aspek-sastera.pdf
2. Pelajar mencatat isi-isi penting daripada persembahan tersebut.
Langkah 2 – (15 minit)
1. Pelajar menjawab latihan memadankan watak dengan perwatakan (persembahan power point)
2. Guru memantau aktiviti pelajar.
Langkah 3 – (20 minit)
1. Berdasarkan watak dan perwatakan yang telah dipelajari, guru meminta pelajar melakonkan watak-watak tersebut.
2.
Langkah 4 – (20 minit)
1. Pelajar menyiapkan latihan tatabahasa secara berpasangan.
2. Pelajar menjawab soalan tatabahasa secara interaktif untuk menguji pemahaman penggunaan kata nama mengikut konteks ayat. http://www.pkgseriampang.org/sal/bm_sm/smkbm4.HTM
Langkah 5 – (5 minit)
1. Guru merumuskan isi pelajaran.
Rungkaikan Satu Persoalan
Berdasarkan video yang anda tonton sebentar tadi, tulis sebuah karangan mengenai emosi. Huraikan kebaikan dan keburukan emosi dalam kehidupan kita.
Wednesday, June 29, 2011
Bagi Yang Baru Belajar Bahasa
Labels:
Video belajar bahasa
Tuesday, June 28, 2011
Kestabilan Emosi Kesejahteraan Diri
Apakah emosi? Apakah kaitan emosi kepada kesejahteraan diri? Bagaimana untuk menstabilkan emosi?
EMOSI : Perkataan emosi berasal dari pekataan Greek "emovere" yang membawa maksud 'untuk keluar'.
Menurut Mohmood Nazar Mohamad, 1992, emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Sehubungan dengan hal itu, emosi menonjolkan perasaan seperti marah, sedih, tertekan, germbira, tenang, tabah, ketakutan.
Emosi biasanya terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif atau perasaan yang baik adalah gembira, tenang dan tabah manakala emosi yang negatif adalah seperti marah, geram, dan tertekan.
Ketidakstabilan emosi menyebabkan emosi negatif menguasai diri kita. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam mengurus emosi kita dengan baik. Sebagai contoh, apabila kita merasa sedih, cubalah meluah dengan seseorang yang kita percayai supaya dapat berkongsi untuk mengurangkan lagi kesedihan yang dialami.
Sebagai manusia yang berakal, janganlah mengambil tindakan di luar kawalan apabila menghadapi masalah. Apapun yang berlaku, haruslah dalam keadaan yang rasional dan tenang.
Kecapilah kehidupan yang menggembirakan dan laluilah dugaan hidup dangan tenang serta banyakkan bersabar. Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T, Sesungguhnya yang baik itu daripa-Nya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.
EMOSI : Perkataan emosi berasal dari pekataan Greek "emovere" yang membawa maksud 'untuk keluar'.
EmOsi yang TiDak sTabil |
Emosi biasanya terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif atau perasaan yang baik adalah gembira, tenang dan tabah manakala emosi yang negatif adalah seperti marah, geram, dan tertekan.
Ketidakstabilan emosi menyebabkan emosi negatif menguasai diri kita. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam mengurus emosi kita dengan baik. Sebagai contoh, apabila kita merasa sedih, cubalah meluah dengan seseorang yang kita percayai supaya dapat berkongsi untuk mengurangkan lagi kesedihan yang dialami.
Sebagai manusia yang berakal, janganlah mengambil tindakan di luar kawalan apabila menghadapi masalah. Apapun yang berlaku, haruslah dalam keadaan yang rasional dan tenang.
Kecapilah kehidupan yang menggembirakan dan laluilah dugaan hidup dangan tenang serta banyakkan bersabar. Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T, Sesungguhnya yang baik itu daripa-Nya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Search This Blog
KaTa-kaTa UntuKmu
Berkongsilah ilmu yang ada