EMOSI : Perkataan emosi berasal dari pekataan Greek "emovere" yang membawa maksud 'untuk keluar'.
EmOsi yang TiDak sTabil |
Emosi biasanya terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif atau perasaan yang baik adalah gembira, tenang dan tabah manakala emosi yang negatif adalah seperti marah, geram, dan tertekan.
Ketidakstabilan emosi menyebabkan emosi negatif menguasai diri kita. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam mengurus emosi kita dengan baik. Sebagai contoh, apabila kita merasa sedih, cubalah meluah dengan seseorang yang kita percayai supaya dapat berkongsi untuk mengurangkan lagi kesedihan yang dialami.
Sebagai manusia yang berakal, janganlah mengambil tindakan di luar kawalan apabila menghadapi masalah. Apapun yang berlaku, haruslah dalam keadaan yang rasional dan tenang.
Kecapilah kehidupan yang menggembirakan dan laluilah dugaan hidup dangan tenang serta banyakkan bersabar. Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T, Sesungguhnya yang baik itu daripa-Nya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment