Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, July 17, 2011

Kad Bisnes

Contoh kad bisnes

Rancangan Pengajaran Harian -Novel Istana Menanti-

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA

TARIKH                     : 1 Julai 2011
MASA                         : 10.00 – 11.20 pagi
HARI                          : Jumaat
KELAS                        : Tingkatan 1
MATA PELAJARAN    : Bahasa Malaysia
TAJUK                       : KOMSAS ( Watak dan Perwatakan Novel Istana Menanti)
HPK                           : 1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra
     : 10.0 Memahami dan memberi respon peribadi tentang karya  
               sastera
HPS                            : 1.2 Mendengar dan memberi respon secara lisan dan bertulis
        tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain
     : 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, 
latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.
Aras 1 (vi
Memerihalkan watak-watak dalam karya

OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :
1.    Menyenaraikan watak dan perwatakan bagi tiga watak utama dan satu watak sampingan
2.    Melengkapkan tempat kosong menggunakan perkatan-perkatan yang sesuai berdasarkan tajuk.
3.    Melakonkan watak secara spontan.
4.    Mengenalpasti kata nama am dan kata nama khas dalam novel Istana Menanti.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1.    Pelajar telah mengetahui sinopsis novel Istana Menanti.

PENYERAPAN                      : Pendidikan ICT

NILAI                                   : Berinteraksi dan Bekerjasama

KBKK                                    : Kemahiran berfikir - Mencirikan

ASPEK TATABAHASA          : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

BAHAN BANTU MENGAJAR
1.    Projektor LCD
2.    Komputer – Perisian MS PowerPoint dan MS Word


LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Set Induksi – (5 minit)
1.    Guru meminta pelajar menyatakan watak dan perwatakan salah seorang pelajar yang berada di dalam kelas dan membawa kepada tajuk yang dibincang pada hari ini.

Langkah 1 - (15 minit)
1.    Guru menerangkan tentang watak dan perwatakan dengan menggunakan persembahan PowerPoint. http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/aspek-sastera.pdf
2.    Pelajar mencatat isi-isi penting daripada persembahan tersebut.

Langkah 2 – (15 minit)
1.    Pelajar menjawab  latihan memadankan watak dengan perwatakan (persembahan power point)
2.    Guru memantau aktiviti pelajar.

Langkah 3 – (20 minit)
1.    Berdasarkan watak dan perwatakan yang telah dipelajari, guru meminta pelajar melakonkan watak-watak tersebut.
2.     
Langkah 4 – (20 minit)
1.    Pelajar menyiapkan latihan tatabahasa secara berpasangan.
2.    Pelajar menjawab soalan tatabahasa secara interaktif untuk menguji pemahaman penggunaan kata nama mengikut konteks ayat. http://www.pkgseriampang.org/sal/bm_sm/smkbm4.HTM

Langkah 5 – (5 minit)
1.    Guru merumuskan isi pelajaran.






Rungkaikan Satu Persoalan


Berdasarkan video yang anda tonton sebentar tadi, tulis sebuah karangan mengenai emosi. Huraikan kebaikan dan keburukan emosi dalam kehidupan kita.